Cinta dan petunjuk. Kalau digabungkan kedua-duanya akan wujudlah perkataan petunjuk cinta. Semua orang waima muda mahu pun tua semuanya mempunyai kehendak untuk bercinta. Petunjuk cinta adalah salah satu hint bagi kita jika kita hendak tahu jika seseorang itu suka kepada kita. Kisah cinta ini memfokuskan kepada protagonis yang bernama Zainuddin Farish atau lebih dikenali sebagai Jai. Kenapa Jai? Sebab dahulunya sewaktu di sekolah menengah di dalam kelas Zainuddin Farish terdapat 5 orang yang bernama Zainuddin. Makan dia digelar sebagai Jai. Bukan Jai Ho ataupun Jai Jai Jai. Tetapi hanya Jai.
Jai bukanlah seorang yang pandai dalam bab cinta kalau dibandingkan dengan abangnya, Bai. Nama penuh Bai ialah Bairudin Omar. Bai ialah seorang playboy berbanding adiknya yang sering dimainkan oleh playgirl. Dari zaman sekolah lagi Jai tidak pandai bercinta. Sudah 20 kali cintanya ditolak oleh orang yang berbeza! Maka dia sudah berjanji dia tidak akan bercinta lagi. Tapi, setelah dia menyambung pelajarannya ke universiti swasta dalam bidang bisnes, janjinya dicapati!
***
Suasana di dalam bilik berbahang sedikit, jadi Jai dan roommate nya iaitu Kamal terpaksa membuka baju memandangkan cuaca panas. Kamal cuba mengusik Jai tentang topik yang tidak digemarinya iaitu cinta.
"Jai, kau tak teringin ke nak bercinta? Aku dah ada girlfriend. Dah serius nak kahwin pun. Kau bila lagi?" Tanya Kamal yang sedang baring di katilnya kepada Jai. Jai bangun dari katilnya dan terus baring di sebelah Kamal.
"Kau rasa aku ni nak bercinta lagi ke tak lepas kena reject 20 kali? Bukan sekali, 20 kott."
"Mestilah tak nak." Jawab Kamal selamba.
"Tahu pun. Aku dah serik daa kalau nak bercinta lagi. Buang masa, bazir duit, tak dapat apa-apa manfaat." Jai menerangkan kenapa dia tidak mahu membuka hatinya untuk bercinta lagi. Sebagai kawan, memang Kamal memahami kenapa Jai tidak mahu bercinta. Kamal pun tahu tentang kisah 20 Jai.
20 kali kena reject. Malang bukan?
"Tapi terus teranglah dengan aku... Tak akan kau duduk dekat universiti ni nak belajar sepanjang masa je? Nanti kau rasa bosan. Manusia tak boleh lari dari cinta kau tahu tak." Nasihat Kamal kepada Jai. Dia tidak mahu Jai berputus asa dalam soal cinta. Pada Kamal, cinta itu pasti datang.
"Siapa kata aku lari dari cinta? Aku cuma elak je. Tapi aku tahu aku akan cuba elak cinta walau datang dari utara, timur, barat mahu pun selatan Thailand." Balas Jai dengan loyar buruknya.
"Yakin sangat kau ni. Kau tak patut yakin sampai macam tu."
"Sebab apa pulak? Ha? Ha?" Jai menjentik ketiak Kamal.
"Sakitlah gila! Sebab kau ni Jai! Beckham can blow it, Ralph can wreck it, Jai can blow it! Haha!" Gelak besar Kamal bila mengusik Jai. Jai terus menepuk perut Kamal dan lari menuju ke tandas. Perut Jai sebenarnya memulas dari tadi. Kamal hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia ingat aku ni main-main ke? Monolog Jai dalam hatinya.
***
Seminggu kemudian...
Jai duduk tersengih bersendirian. Kamal yang baru balik dari kelas hanya pelik melihat kawannya tersengih macam kerang busuk. Sengih sorang-sorang pulak tu!
"Hoi, budak bodoh. Gila apa sengih sorang-sorang." Tegur Kamal. Jai yang dari tadi tersengih tiba-tiba terkejut dari lamunannya.
"Kaulah bodoh. Kata aku pula." Marah Jai dikata bodoh. Semua orang pun marah bila dipanggil bodoh. Termasuklah Jai.
"Kau ni dah kemaruk ke nak bercinta sampai gelak sorang-sorang macam orang gila? Tadi sengih, lepas tu gelak pulak. Dari tadi aku perhatikan kau je. Kau ni nak kena pijak agaknya." Kamal membuka jaket fakultinya dan menggantungkan jaketnya di dalam almari. Kemudian dia menyusun baju-bajunya di dalam almari tersebut.
"Aku dah suka seseorang laa. Sebenarnya..."
"Sebenarnya, kau bodoh." Balas Kamal pendek. Kamal tahu Jai sudah jatuh cinta. "Tapi dengan siapa?" Kamal cuba mengagak.
"Kau suka budak dari fakulti Environmental Health tu ehh?" Kamal harap tekaannya mengena sasaran. Jai terkejut dan menelan air liurnya.
"Mana kau tahu?"
"Sebab dia kawan aku."
"Tipu."
"Ya."
"Ok, aku percaya cakap kau. Sebenarnya kejap lagi aku ajak dia keluar untuk makan cendol dengan aku. Aku akan buat sesuatu yang sweet untuk dia." Kata Jai dengan penuh perasaan. Kamal memandang sinis. Dia harap Jai tidak kena reject untuk kali ke 21.
"Baguslah tu. Good luck." Kamal hanya membalas ayat pendek.
"Kau tak nak tahu ke sebab apa aku nak bercinta semula? Aku tahu kau mesti nak tahu..." Jai cuba menimbulkan tanda tanya kepada Kamal. Kamal yang tadinya sedang sibuk menggantungkan bajunya di almari terus baring di atas katilnya.
"Aku tahu sebabnya. Sebab kau monyet yang berpendidikan."
"Diam." Jai terus keluar dari bilik.
Kamal tahu yang Jai pasti akan cuba mengurat Fazira Izrin. Tapi ramai kawan-kawan sekelasnya memanggil Fazira Izrin sebagai Faz sahaja. Faz ni tidaklah cantik mana. Tetapi perangainya sopan dan baik membuatkan Jai jatuh cinta dengannya. Sebelum ini Kamal pernah melepak bersama-sama Faz dan waktu itu Jai terserempak mereka berdua di food court. Di situlah bermulanya titik permulaan Jai jatuh cinta kepada Faz. Jatuh cinta untuk kali ke 21.
"Mesti budak Jai ni add Faz dekat facebook aku. Tak guna punya stalker. Lepas ni aku private aku punya profile." Kamal mengomel bersendirian. Dia harap Jai tidak kecewa lagi.
***
"Hai awak. Nama saya Zainuddin. Tapi orang panggil saya Jai." Jai memperkenalkan dirinya kepada Faz. Jai kelihatan sedikit gelabah. Faz tersenyum. Tak pernah ada lelaki cuba mengorat dengan cara skema begitu. Siap nak kenal diri bagai. Padahal dah kenal dekat facebook pun.
"Kenapa Jai?" Tanya Faz. Waktu itu mereka sedang dalam perjalanan ke Kedai Cendol Pak Hussain yang dikatakan sangatlah sedap cendolnya sehingga menjilat sudu.
"Sebab waktu saya sekolah menengah dahulu ada ramai orang nama Zainuddin dalam kelas saya. Sebab tu mereka gelar saya Jai." Cerita Jai kepada Faz.
"Tapi awak tahu tak yang saya ni banyak cakap?" Tanya Jai kepada Faz. Faz melihat wajah Jai.
"Tahu. Tengok pun dah tahu. Haha." Faz hanya gelak kecil. Faz tahu Jai cuba untuk mengoratnya.
"Ohh yeke? Maaflah saya tak pandai sangat cakap dengan perempuan. Sebab saya kurang sikit dengan perempuan ni. Saya cuma biasa dengan lelaki je." Jai menerangkan serba sedikit tentang dirinya. Faz terkejut.
Dia ni gay ke? Faz berkata dalam hatinya. Bukan nak kata apa, tapi Faz sudah banyak kali terjumpa dengan orang yang songsang nafsunya.
"Tapi bukan bermakna saya ni gay!" Kata Jai. Faz menghela nafas lega. Nampaknya dia salah sangka.
Setibanya di Kedai Cendol Pak Hussain, Jai menarik kerusi dan menjemput Faz duduk. Acah-acah romantik laa tu. Jai harap dapat memberi petunjuk cinta kepada Faz. Kali ini dia tidak mahu luahkan, hanya sekadar memberi sedikit petunjuk sahaja.
"Order laa apa-apa yang awak nak. Jangan risau saya yang belanja oke?" Jai memberi petunjuk yang pertama! Dia harap Faz faham dengan apa yang cuba disampaikannya.
"Okey, saya nak cendol jagung jelah." Nampaknya Faz tidak perasan. Jai cuba menunggu masa yang tepat untuk memberi petunjuk kedua pula.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment